smalam aku dah tukar belt tu...
cara2nya;
- bukak cover plastik kelabu cap rimau tu.. guna T spanar saiz 10 ada 4 semuanya
- bukak cover timing belt (3 skru saiz 10)
- longgarkan skru pwr stering, mmg kene guna ratchet n box spanar saiz 14, kalu pakai lain sangkut....
- pastu gerakkan power stering pump tu utk longgarkan belt tu... time aku longgarkan, belt tu mmg loggar tapi x blh kuar dari pulley, aku cungkil guna skru sambil pusingkan crank timing belt (TB) (kena ada 2 orang, satu cungkil belt, sorang lg pusing pulley TB.
- selepas kuar belt tu, longgarkan pulak tensioner kat bhgn alternator, kat atas alternator ada 2 nat saiz 12, pastu kat bawah pon kene longgarkan, saiz 14, kene jack kete masuk bawah and loosekan nat tu....
-pastu barulah boleh kuarkan belt tu dgn mudah... masa nak pasang belt baru kene masukkan dari crank pully dulu baru yg lain....
- masa buka n pasang belt baru alternator ni aku x bukak pulley waterpump seperti yg brader mohdizhar bgtau sebab belt tu mmg senang dikeluarkan...
- pastu tegangkan belt alternator dgn adjust skru saiz 12 sehingga tegang secukup rasa... ikat skru 12 yg lg 1 utk ketatkan ke bracket, ketatkan juga skru saiz 14 di bwah enjin....
(belt alternator dah siap pasang)
-belt bahagian PS dan compressor-
-masukkan belt ikut crank pulley dahulu, kemudian baru masuk compressor and PS,
-guna batang paip utk cungkil PS pump supaya dapat tension yg dikehendaki, kemudian ikat kesemua nat saiz 14 tu (3 bijik semuanya)
-siap!!-tips: sebelum masuk belt baru aku taruk rubber grease dlu kat belt tu bg moisture dia kekal lama...
- pastikan bila masuk belt, alur dia masuk betul2 balance terutama di crank pulley, jgn masuk senget...
kos: 2 belt = RM40 brand GAIDO...
harap korang paham n cuba la try... bayar upah kat bengkel mahal gak r, kat tempat aku dia nak RM30,
aku pon mulanya x berani nak buat, tapi bila baca thread ni rasa yakin sikit la... dan akhirnya dapat buat sendri beb...
terima kasih kepada semua yg sudi berkongsi maklumat yer....