Proton Waja Club
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

You are not connected. Please login or register

PERHATIAN!!!!!! PERATURAN BERFORUM

Go down  Message [Page 1 of 1]

1PERHATIAN!!!!!! PERATURAN BERFORUM Empty PERHATIAN!!!!!! PERATURAN BERFORUM Sun Mar 08, 2009 10:55 pm

Admin

Admin
Admin
Admin

Assalamualaikum dan salam hormat kepada semua forumers. Demi menjaga keharmonian forum ini, beberapa peraturan dan syarat berforum perlu diikuti oleh semua forumers. Berikut kami gariskan peraturan-peraturan tersebut. Forumers yang melanggar mana-mana peraturan yang digariskan akan diperingatkan oleh moderator melalui 'pm' dan setelah segala prosedur dilaksanakan untuk memperingatkanya tapi masih tidak mendapat respon dari forumers, berkemungkinan posting mereka akan dipadamkan, diedit atau nickname mereka akan kami blok.

1. Forumers adalah dilarang sama sekali menggunakan bahasa-bahasa kasar atau menghantar posting2 yang mengandungi unsur-unsur sabotaj, perkauman, politicking, memutar belitkan fakta, fitnah, mengutuk sesama sendiri dengan niat untuk menimbulkan persengketaan, perselisihan faham atau kemarahan kecuali sekadar untuk bergurau senda dengan bahasa yang tidak keterlaluan atau sampai menjatuhkan air muka seseorang dan adalah gurauan itu dengan sebab yang diketahui atau diyakini tidak menerbitkan perasaan-perasaan tidak senang hati dihati penerimanya seperti yang digariskan di atas.

2. Forumers adalah dilarang mengeluarkan pendapat-pendapat yang nyata bertentangan dengan undang-undang sama ada yang mensabitkan pendapat itu kepada pihak berkuasa tempatan seperti J.P.J, P.O.L.I.S, KASTAM, IMIGRESEN, MAHKAMAH dan jabatan-jabatan yang diberikan kuasa oleh kerajaan untuk menegakkan undang-undang.

3. Forumers adalah dilarang sama sekali mengiklankan apa-apa barangan atau produk yang menyalahi undang-undang di topik market place. Mereka yang mengiklankan barangan di topik marketplace perlu melampirkan sekali butir-butir barangan yang hendak diiklankan DAN butir-butir maklumat peribadi pengiklan seperti nama dan no telipon. Sebarang penipuan yang berlaku dalam urusniaga, maklumat ini akan digunakan oleh admin dan moderator untuk tindakan susulan.

4. Forumers adalah tertakluk dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap posting/statement yang dihantar ke laman web ini. Admin dengan bantuan moderator berhak mengedit mana-mana posting yang menyalahi etika yang digariskan.

5. Posting2 yang dihantar merupakan pandangan peribadi forumers dan tidak sama sekali mencerminkan pandangan wajaclub; sebahagian atau seluruhnya. Justeru menjadi tanggunjawab pembaca juga untuk membuat penilaian sendiri.

6. Admin dan moderator tidak mensyaratkan penggunaan bahasa-bahasa yang menurut 'nahu' sepatutnya. Oleh demikian, penggunaan bahasa-bahasa 'pasar' dengan penyusunan nahu yang tidak mengikut bahasa persuratan atau bahasa peperiksaan yang sepatutnya bukanlah menjadi etika di forum ini. Justeru wajaclub tidak bertanggungjawab jika ianya digunakan dalam peperiksaan! Pembaca terutama yang terdiri dari para pelajar, perlu memahami bahawa forum juga mempunyai 'bahasanya' yang tersendiri sebagaimana bahasa dalam buku komik atau kartun!

7. Mana-mana posting yang melanggar etika berforum yang admin dan moderator terlepas pandang, sila pembaca maklumkan kepada admin dan moderator yang dilantik untuk tindakan susulan.

Akhir kata, kami di sini mengucapkan Selamat Berforum kepada semua !!!

https://wajaclub.forumotion.com

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum